Tuesday, September 9, 2008

Kerja Keras dan Work Smart

Tiada Kejayaan Cemerlang tanpa usaha gigih dan keras berterusan...

hasil bersusah payah di awal-awal memulakan bisnes Alpha Lipid 2 tahun lepas, kini Alhamdulillah Kejayaan semakin mudah , ramai berpendapatan lebih RM10,000...

namun kita tak boleh duduk di rumah rileks, semua harus keluar dari zon selesa dan bekerja keras mencapai tahap lebih tinggi...membantu lebih ramai dalam grup mencapai tahap lebih tinggi dalam organisasi..

(p/s tiada orang malas dalam organisasi yg berjaya)

Bersatu Teguh Bercerai kita Roboh..

Tips Kejayaan dalam bisnes Networking ialah anda hendaklah bersatu dalam satu pasukan.

Sebagai pengikut, pemimpin dalam organisasi bisnes New Image kita semua hendaklah bertolak ansur dan bersatu semua.

Ibarat Bahtera , perlu seorang nakhoda yg memimpin bahtera dan semua ahli bersatu Hati dan Sebulat Suara...barulah bahtera mampu sampai ke hala tujunya...

(p/s elakkan perpecahan, elakkan ajaran ayah pin yg membinasa kan organisasi kita)

Thursday, August 7, 2008

Mind Setting yang betul

saya dapati untuk berjaya anda perlu mempunyai MIND SET yang betul

contoh: dulu ramai kata Alpha Lipid ni sama saja dgn susu kolostrum lain....tapi saya dan beberapa leader yg lain tetap move-on dan kini selepas bersama Alpha Lipid 2 tahun jualan Alpha Lipid telah cecah 45,000 tin sebulan!!

So untuk berjaya, syarat pertama ialah anda kena ubah minda anda!

Say YES! Fikirkan BOLEH!

Tuesday, July 1, 2008

SABAR

Sabar itu separuh dari iman...

itulah kata-kata hadis kalau tak silap saya.

Antara kunci kejayaan dalam perniagaan ialah SABAR.

anda perlu sabar menahan kerenah manusia dalam organisasi anda
anda perlu sabar menangani masalah pelanggan yg suka reject produk anda
anda perlu sabar ketika susah
anda perlu sabar apabila dicaci maki hamun

so SABAR ini amat penting dalam menentukan kejayaan anda!!

Tuesday, June 24, 2008

Siapa Kawan anda, Buku Apa yg Anda Baca

Kejayaan anda bergantung kepada:

1. usaha yg gigih
2. siapa kawan anda (penasihat)
3. buku apa yg anda baca (pembinaan minda)

Memang jika hendak berjaya kita kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Selain itu, amat penting anda mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi "coach" atau penasihat yg boleh membantu anda maju atau berjaya dalam perniagaan anda. Nasihat saya ambillah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti mereka, contohnya jika anda inginkan pendapatan RM100,000 sebulan- anda harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. Anda dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau.

Tidak ramai yg suka membaca. Buku adalah hasil ilham pemikiran penulis. Pembacaan buku boleh membentuk minda. Berapa banyak buku anda baca dalam setahun? tidak cukup dgn membaca....berapa banyak yg anda dapat lakukan dgn apa yg anda baca..?

(p/s: saya cuba membaca 1 buku baru setiap bulan. 12 bulan=12 buku, 10 tahun=120buku, belum cukup banyak. Kebanyakan jutawan banyak membaca buku-mereka ada library di rumah mereka, bukan koleksi video!)

ZAKAT-menyucikan harta/pendapatan anda

Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat bonus hasil perniagaan Alpha Lipid Lifeline

Zakat dan sedekah adalah menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan ianya menyucikan harta kita.

Sudah menjadi amalan dalam grup kami, setiap kali dapat cek bonus setiap bulan, kami akan keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah.

InsyaAllah hidup kita lebih berkat dan bisnes makin maju...amin.

Saturday, May 17, 2008

Menetapkan Target/Matlamat

Ramai orang gagal kerana mereka tidak mempunyai TARGET!

Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik...contoh: "Ingin mencapai pendapatan RM10,000 pada bulan August 2008"

apabila anda dah ada target, the next step ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut.
anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan mencapai Target anda.

Selamat Berjaya!!

(p/s saya target utk dapat Bonus RM100,000 by January 2009)

Monday, April 21, 2008

Sanggup Hadapi Ujian dan Cabaran utk Berjaya

Ramai orang ingin BERJAYA, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya

Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).

Saya lihat, orang-orang yg berjaya mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dalam bisnes network marketing dan beberapa bisnes yg saya pernah terlibat, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.

Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust...

Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka.

Marilah menuju kejayaan!!