Monday, December 27, 2010

Bersaing Cara Sihat

Kali ini saya ingin berkongsi idea tentang Persaingan (Competition).

Memang tak dinafikan dalam dunia pemasaran banyak persaingan. Persaingan yang sihat adalah Positif dan menguntungkan semua pihak. Malah jika sesuatu pasaran yang MONOPOLI iaitu dikuasai oleh satu pemilik/syarikat maka ia menjadikan pasaran/produk yang tidak menarik malah merugikan pengguna.

Kita mahu tangani persaingan secara SIHAT dan BERETIKA.

Beberapa tahun lalu saya dikempen oleh satu syarikat MLM yang dimiliki oleh Bumiputera yang suka "kondem" atau perlekehkan produk atau syarikat MLM yang lain. Ini cara yang TIDAK BERETIKA malah Salah dari segi agama.

Kalau produk/syarikat anda bagus, anda tak perlu kondem syarikat/produk orang lain. Anda perlu cerita tentang kebaikan dan kelebihan produk/syarikat anda. Ceritakan "competitive advantage" produk anda.

Tahu apa terjadi pada syarikat tersebut, selepas beberapa tahun syarikat MLM tersebut merudum jatuh malah sehingga kini menanggung hutang jutaan ringgit dengan pihak Bank, malah semua leader syarikat tersebut sudah lari sebab syarikat tak mampu bayar bonus.

Bersaing lah secara sihat. Memang banyak produk di pasaran, memang banyak syarikat MLM di pasaran.

Apa yang penting, bersaing secara sihat dan lakukan bisnes secara beretika dan yang paling penting integriti anda sebagai distributor tetap tinggi.

Sekian,

Wan Hamidi