Monday, December 27, 2010

Bersaing Cara Sihat

Kali ini saya ingin berkongsi idea tentang Persaingan (Competition).

Memang tak dinafikan dalam dunia pemasaran banyak persaingan. Persaingan yang sihat adalah Positif dan menguntungkan semua pihak. Malah jika sesuatu pasaran yang MONOPOLI iaitu dikuasai oleh satu pemilik/syarikat maka ia menjadikan pasaran/produk yang tidak menarik malah merugikan pengguna.

Kita mahu tangani persaingan secara SIHAT dan BERETIKA.

Beberapa tahun lalu saya dikempen oleh satu syarikat MLM yang dimiliki oleh Bumiputera yang suka "kondem" atau perlekehkan produk atau syarikat MLM yang lain. Ini cara yang TIDAK BERETIKA malah Salah dari segi agama.

Kalau produk/syarikat anda bagus, anda tak perlu kondem syarikat/produk orang lain. Anda perlu cerita tentang kebaikan dan kelebihan produk/syarikat anda. Ceritakan "competitive advantage" produk anda.

Tahu apa terjadi pada syarikat tersebut, selepas beberapa tahun syarikat MLM tersebut merudum jatuh malah sehingga kini menanggung hutang jutaan ringgit dengan pihak Bank, malah semua leader syarikat tersebut sudah lari sebab syarikat tak mampu bayar bonus.

Bersaing lah secara sihat. Memang banyak produk di pasaran, memang banyak syarikat MLM di pasaran.

Apa yang penting, bersaing secara sihat dan lakukan bisnes secara beretika dan yang paling penting integriti anda sebagai distributor tetap tinggi.

Sekian,

Wan Hamidi

2 comments:

Fizsolutionservices said...

itu lah sbbnya sy mencari sesuatu yg dapat membantu sy dalam mencapai kehidupan yang lebih baik,yang mana selama ini saya sring gagal dalam perjuangan menuju kejayaan.Dengan apa yang saya baca ini akan memberi inspirasi buat saya menggapai impian
dan matlamat yang telah sekian lama saya kejar.Teriam kasih untuk tips yang anda berikan ini

Anonymous said...

Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.